Welcome!

Bismillahirrahmanirrahim
This blog is dedicated to all retro classic car lovers & enthusiasts in Brunei. Enjoy your stay and thank you for visiting. Go Retro!



Monday, May 9, 2011

70's Family Day Gathering Hosted by Polo & Riding Country Club

Ahli keluarga kelab kereta lama beriadah bersama

Oleh Mohamad Asyramisyanie





Kumpulan kereta lama buatan tahun 70-an memeriahkan hari keluarga hujung minggu di Kelab Polo dan Tunggangan Kuda Diraja Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei - Sebanyak 17 buah kereta klasik buatan Toyota, Nissan dan Mazda pada sekitar tahun 70-an hari ini memeriahkan Sambutan Hari Keluarga Hujung Minggu Kelab Polo dan Tunggangan Kuda Diraja Brunei selepas menampilkan kelab Mercedes dengan jayanya pada minggu lalu.

Media permata berpeluang meninjau pameran kereta antik itu dan mendapati kumpulan pemilik kereta terdiri daripada sekumpulan rakan-rakan yang berkongsi hobi yang sama iaitu menyimpan kereta-kereta lama. Mereka yang giat dalam banyak program sejak 2007 hari ini cukup mesra untuk ditemu ramah dan mengalu-alukan penglibatan sesiapa sahaja yang berminat untuk bertukar-tukar pendapat mengenai pengetahuan berkaitan kereta klasik itu.

Suasana dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti menunggang kuda, persembahan kereta, permainan pantulan bagi kanak-kanak, makanan dan minuman serta promosi minum petang dengan bayaran $15, yang membolehkan pengunjung kelab berkenaan menggunakan kolam renang secara percuma.

Aktiviti hujung minggu itu diadakan pada setiap minggu bermula jam 10 pagi hingga 5:30 petang. Pengunjung juga berpeluang menggunakan lorong Boling 10 pin di sana.

Pihak Kelab polo dan tunggangan kuda diraja Brunei menasihatkan orang ramai untuk membuat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan.






Source: Media Permata





Special Thanks to Mr Raof (Manager of Polo & Riding Country Club) for inviting us.


Also goes to Tanggang Racing Family.


Go Retro!!!